Assalamualaikum roti canai saya sekalian? Hee, okay. Belog ni, tak ada kena mengena pasal cerita hidup saya. Belog ni, just a NOVEL yang tak rasmi haha. Saya buat novel ni pun, sebab excited kan tibatiba je ada idea nak buat -.- Okaylah author dia pun si anak Shahril Lim ni :) so, hope you all enjoy k? Boiii. Anyway, say THANKS TO LIDYA NABIHA, SEBAB TOLONG SAYA BUAT NOVEL NI JUAA :D I LOVE HER VERY MUCH, MUAH! haha

TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI :)

PART 17; NY 1ST LOVE

What the fish? Aku masih tak faham kenapa Joe bawa aku ke tempat yang cantik ni. Fiuu, boleh dikatakan macam dekat syurga lah! Sekeliling aku semuanya bunga daisy yang memenuhi tempat ni. Teruja betul aku nengok, tapi perasaan teruja tu kian hilang sedikit demi sedikit dari hati ni apabila aku terpandang wajah Joe yang kelihatan sugul dan muram je sejak  kita berada kat tempat ni.  Aku pergi ke arah dia dan berkata :

“ Joe, kau okay? “

Tiba tiba, Joe mendakap aku. Aku terkejut lalu menolaknya dengan bersungguh sungguh, dan akhirnya terlepas pun. Aku betul betul malu dan tak berani nak bertentang mata dengan dia!

“ ………. Minta maaf Nia, sebab tak dapat nak selamatkan kau daripada hasutan betina tu…. “

Joe mengeluh. Aku hanya terdiam, dalam masa tu aku fikir juga apa maksud di sebalik kata kata dia? Kemudian, Joe kembali bersuara

“ Nia, aku sangat risaukan kau tadi. Aku cuba cari kau dekat hotel, tapi tak jumpa. Lepas tu, aku pergi kat taman tadi. Aku tak nampak kau tapi aku terjumpa sapu tangan kau, dan aku pasti kau pergi ke rumah Farenn sebab kesan eye liner yang dia lap kat sapu tangan kau ni memang buktilah kan.”

Dengan panjang lebarnya Joe terangkan dekat aku semuanya. Ya, aku terlupa pasal sapu tangan aku. Aku ada bagi Farennia sapu tangan aku sebab tisu yang dia gunakan untuk lap air mata dia tu dah habis, so aku pun keluarkanlah sapu tangan aku mengoffer dia.

“……………………….” Aku hanya diam membisu. Betul, aku malu sangat kenapa dia peluk aku tadi -__-

“ Nia, kalau kau marah pasal aku peluk……………..”

Joe tak habis cakap, aku mencelah

“ Tak perlu minta maaf. Lagipun, kenapa kau cakap aku kena blah daripada mendekati Farenn? Aku baru je nak dapat mem baru, kau dah kacau line -.-“

Joe mengeluh kecil lalu berkata :

“ Nia, betina tu bukan baik cam yang kau sangka……… dia tipu pasal gambar tu!”

Aku tersentap. Sejak bila Joe tahu aku tengok album Farennia?! Gosh, ni satu petanda yang buruk!

“ Joe… aku dah mati akal ni. Tak apa laa, aku nak berehat dulu dekat hotel. Apa apa hal kau contact aku, maaf sebab aku taknak dengar cakap kau pasal EX kau tu :[

Aku bye-bye dekat dia, lepastu aku pun pergi dari situ tinggalkan dia sorang sorang. Hidup aku dah berserabut betul, sejak adanya Dave. Eh? Dave tak ada kena mengena pun! Sekeliling aku yang penuhi dengan bunga daisy pun tak dapat menarik perhatian aku lagi. Bagi aku, kalau bunga itu gantikan tempat aku, sudah tentu ia akan layu dan mati. Dan macam aku, aku cukup lemah dengan situasi macam ni. Ayah nak kawin lagi, aku tak suka Selly. Joe marah aku kawan dengan Farenn, Farenn suruh aku berjaga jaga dengan Joe. Dave halang aku dari berjumpa dengan Joe. Joe lagi sekali seakan akan benci pada Dave. Ya Allah, kau tolonglah hambamu ini. Sesungguhnya Kau maha memahami hati hambamu, tabahkanlah aku untuk hadapi dugaan yang cukup teruk ini :’(

Tak sangka, rasa macam satu saat pun tak sampai aku dah pun berdiri di hadapan bangunan hotel yang tinggi ni :O aku berat hati nak masuk bilik hotel, memang susah nak berhadapan dengan ayah. Huh, kenapa aku nak bermusuh dengan ayah oleh kerana Selly puncanya? :|

Aku dah sampai di tingkat 17, aku jalan slow motion oh. Bila dah sampai kat pintu depan bilik aku, fuhh memang padan. Aku terlupa bawak kunci :3 takkanlah aku nak panggil ayah? Aku tak mungkin nak bercakap dengan dia walau sehuruf pun!

Tiba-tiba aku terdengar suara perempuan tengah mengekek ngekek ketawa dalam bilik aku. Aku cam gilaa dengan suara ni, sebab familiar sangatlah suara dia! Aku berpeluh, apa dia buat dekat bilik hotel aku?!!! Aku ketuk sekuat hati pintu bilik aku, aku jerit

“ ayah! Ayah! Cepat buka pintu ni! Apa ayah buat dengan betina jalang tu?!!!! Bukak cepat sebelum Nia tak mengaku ayah ni BAPAK Nia!!!!!!”

Aku menangis sepuas puasnya, lepastu pintu pun dibuka. Aku terkejut, aku tengok ayah dengan Selly ada kat bilik tu. Seriously, aku jatuh terlutut. Air mata masih tak berhenti mengalir, aku terlopong. Badan aku menggeletar, satu ayat pun tak terkeluar dari bibir nipisku. Aku menekup mukaku, tak sanggup nak pandang wajah ayah. Aku rasa badan aku sangat panas, muka aku pucat, dan akhirnya aku rebah ke atas lantai itu.

Aku terjaga. Mata aku melilau memandang semua objek yang ada depan mata aku. Aku nak bangun tetapi berat sangat badan aku. Aku memicit kepala aku yang mulai pening selepas tersedar, aku terkejut apabila mula menyedari bahawa kini aku berada di hospital. Aku sentuh kepala aku, berbalut. Apa yang dah jadi? Aku ligat berfikir, tetapi tak ingat langsung apa yang telah terjadi.

“ Hai Niaa….. dah sembuh? I rindukan youlah, dah 5 hari you tak sedarkan diri. Serious I risau :|

Dave yang tiba tiba muncul depan aku dengan membawa sejambak bunga Ros bercampur warna. Aku hanya terdiam dan buat ‘donno’ je. 5 hari? Wow, aku ni tidur mati ke apa? Kenapa teruk sangat sampai 5 hari tak terjaga, biar betul :O

“ Apa yang dah terjadi? Ayah mana?” aku semakin cemas.

“ Sabar, meh I terangkan satu per satu. You tahu siapa yang bawa you datang sini? I yang bawa, hmm. Sebab 5 hari yang lepas, I nampak you keluar dari taman bunga Daisy tu, I nak follow you then I baru nak tegur masa you lintas jalan, ada kereta speed laju langgar you. I terkejut, I terus lari pergi kat tempat yang you terbaring berlumuran darah tu. I terus panggil hospital and then sampai hari ni you masih kat sini. Doctor cakap you punya kepala kena operate, sebab ada luka teruk dalam otak you. I risau sangat, bila I call ayah you dia tak angkat. And last, I guna duit I untuk bayarkan bil operate you tu. Hmm, I nak tahu : mana ayah you menghilang? I tanya nurse, ada tak dia nampak orang datang melawat you selain I, tapi nurse tu cakap tak ada. Peningnyaa I, anak dia dalam bahaya pun dia tak amik peduli. Teruk betul :[“

Dave menerangkan dengan panjang lebar dan aku hanya tekun mendengar. Tak disangkakan, air mata aku mengalir sejenak terfikirkan ayah. Mana dia pergi? Sampai hati dia tak datang jumpa aku, itukah tanggungjawab sebenar seorang bapa? Dan… melampaulah ayah ni. Sampai orang lain yang ambil berat pasal aku, dia hadeee? :’( dave bayarkan bil aku, dah tentunya mahal! Dan ayah? Tak kesian ke dekat Dave? Ya Allah, apa dah berlaku ni :’(

“ You kenapa menangis?” Dave meletakkan jambangan bunga tu di atas meja sebelah aku lalu duduk di sisi katil aku.

Aku lekas lekas kesat air mataku. Aku terus peluk Dave dan mula menangis balik, tetapi kali ni tangisan aku betul betul seperti ada mesej yang ingin disampaikan kepada Dave. Aku tak dapat berhenti menangis, dan kenapa aku tak mati terus hari tu? Perlu ke ada orang yang aku curigai selama ini selamatkan aku dan………… bukannya Joe? Ayah, sanggup ayah buat macam ni kat Nia.. kenapa dunia ni kejam? Ayah cuma mementingkan diri, dan mementingkan betina Selly tu! Dan orang lain yang ambil berat pasal aku……. Dave, kau memang baik.. Aku sangat bersyukur dapat kawan macam kau :’)

Bersambung

Episode akan datang : Nia dah mula jatuh hati dekat Dave ke? Dan apa yang terjadi kat ayah Nia? Nia nak ke mengaku En. Hafif sebagai bapa dia?

*sukacia dimaklumkan bahawa penaip a novella ----> Lidya Nabiha ; tak lagi join Puteri untuk hasilkan novel ni. So puteri harap korang semua faham lah kan kalau episode episode  cerita ni lambat keluar, yelaa harapkan puteri sorang. Memang mati laa jawabnyaaa -__________-
Qiqi